Kuasa Wanita
KUASA PUJUKAN PEREMPUAN
* Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak
ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan
dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.
* Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan
daya pujukan wanita :
1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon
* Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang
lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran
tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan
kekuatan agama :
1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang
lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang
lain.
KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN
* Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan
perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan
perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum
muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang
isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.
KUASA LAYANAN PEREMPUAN
* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan
yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu.
Layanan
baik yang disalurkan kepada orang yang berhak
menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa
yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.
KUASA DOA PEREMPUAN
* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana
sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki.
Sebagaimana hadis Rasulullah saw:
"Doa ibu itu lebih cepat makbul."
Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah ?"
Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang
yang penyayang tidak akan sia-sia."
KUASA TAQWA PEREMPUAN
* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa
jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi
Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara
serta sentiasa dirahmatiNya.
* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki
kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan
penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding
lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada
pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
* Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt
sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini
atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali
Nabi Adam a.s.
Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya
datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia,
kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.
* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan
kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis
Rasulullah saw:
"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di
air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar
baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan
diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."
macik dipinjam sebentar
*Sumber: Copy & Paste jer..
0 comments:
Post a Comment