Kita selalunya mengandaikan kekasih yang kita cintai tidak akan berlaku
curang. Namun, tahukah anda sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih
tertarik kepada sesuatu yang lebih baik dari yang sedia ada? Orang yang paling
rapat dengan diri kita pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100%. Kita
mungkin mencintainya sepenuh hati, tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya
berpura-pura? Oleh itu, adalah disyorkan untuk mengetahui petanda awal mengesan
kecurangan pasangan.
Pasangan anda berkemungkinan curang apabila situasi ini pernah atau sering
berlaku:
Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda. Selalunya
anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan
ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan
seolah-olah ada hal lain yang lebih penting. Si dia juga sering mengejar masa
sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya 'ada masalah
sikit'. Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kemungkinan si
dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan spare part!
Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika berdating dengan anda. Sedang asyik
berdating dan anda sedang berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan
ingin pulang awal ke rumah. Ada-ada saja sakitnya.. sakit perut, pening, lenguh
kaki atau rasa nak demam! Sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan
tidak menunjukkan tanda-tanda langsung untuk jatuh sakit! Apabila anda
menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak
bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian. Kemungkinan dia tidak sakit
tetapi mencari alasan untuk melarikan diri dari anda dan bersama kekasih lain.
Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama. Jika dulu, si dia ceria
apabila anda mengajaknya keluar samada menonton wayang , makan-makan atau
sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan seribu alasan. Jika
si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu oleh anda dalam keadaan
terpaksa. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin
meninggalkan anda.
Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda Si dia berubah
sikap dari seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil
pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang
ramai. Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia
tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk sekali, jika si dia sudah tidak
segan-silu menengking anda atau memaki hamun anda disebabkan perkara2 yang
kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan. Jika situasi ini berlaku,
lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi
menghargai anda sebagai kekasihnya. Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk
mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya.
Tak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.
Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbitnya Sudah
tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya. Jika
si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat
kandungan memori telefon bimbitnya samada SMS, nama pemanggil, simpanan nombor
telefon dan sebagainya. Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana
kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek
telefon bimbitnya, anda patut mencurigainya kerana kemungkinan dia menyimpan
nombor telefon atau SMS teman wanita lain. Dia tidak mahu anda melihat
kandungan telefon bimbitnya kerana takut rahsia kecurangannya terbongkar.
Tidak lagi rajin menelefon anda Di awal percintaan, si dia asyik
menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Si dia sentiasa mengambil
berat dan menelefon anda walau untuk bertanya sudah makan atau belum. Jika satu
hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak
lagi rajin menelefon anda dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung. Anda
pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada
saja alasannya dan paling popular ialah sibuk. Situasi ini menunjukkan dia
tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda
apabila ada kepentingan lain.
Berubah sikap dengan ketara Jika dulu dia romantik bersama anda, sekarang
dia hambar. Jika dulu dia ceria, sekarang dia membosankan. Jika dulu dia sering
menghantar kad dan bunga, sekarang dia tidak lagi berbuat begitu. Jika dulu
sering berkongsi cerita dan masalah serta bergurau senda, sekarang dia lebih
banyak membisu. Malah dia tidak lagi mempamerkan kasih sayangnya pada anda dan
hanya melayan anda seolah-olah teman biasa. Dia tidak lagi mengambil berat
mengenai anda dan sering termenung jauh. Perubahan sikapnya yang ketara adalah
petanda kemungkinan dia sudah ada teman baru dan tidak lagi berminat dengan
anda. Anda patut menyuruhnya berterus-terang supaya diri anda tidak akan
dipermain-mainkan!
Asyik lewat ketika temujanji Anda sudah berjanji untuk berjumpanya di
suatu tempat tetapi setelah berjam-jam menunggu, barulah nampak bayangannya.
Anda merajuk tetapi si dia sudah bersiap sedia dengan pelbagai alasan seperti
traffic jam, masalah di tempat kerja atau paling mudah terlupa! Jika sekali dua
terlewat mungkin boleh dimaafkan tetapi jika dah selalu terlewat, pasti anda
meradang! Anda juga mungkin boleh bertoleransi jika si dia terlewat seminit dua
atau setengah jam, tapi jika asyik berjam-jam menunggu atau tak muncul
langsung, pasti ada sebab yang lebih logik dari traffic jam! Anda perlu
menyiasat kerana kemungkinan si dia telah membuat lebih dari satu temujanji dalam
satu hari. Dan temujanji itu tak mustahil dengan wanita lain!
Menerima panggilan telefon secara rahsia Sedang makan-makan bersama
kekasih anda, dia menerima panggilan telefon atau SMS. Jika biasanya dia tidak
kisah berbual di telefon atau membuka SMS di hadapan anda, kini dia
menyorok-nyorok ketika menjawab panggilan. Jika sedang duduk, dia akan bangun
dan melarikan diri ke tandas atau ke tempat tersorok dan berbual-bual di
telefon dengan nada perlahan atau berbisik. Jika menerima SMS, dia akan membacanya
dan memadamkan secepat yang mungkin kerana bimbang dibaca oleh anda. Bunyi
telefon membuatnya gelisah ketika bersama anda. Kelakuan sebegini menunjukkan
dia sedang menyembunyikan sesuatu dari anda dan tidak hairan jika dia berlaku
curang terhadap anda!
Mematikan telefon bimbit ketika bersama anda Anda pasti hairan sekiranya
si dia asyik mematikan telefon bimbitnya ketika bersama anda sedangkan dahulu
dia tidak begitu. Apabila anda bertanya, dia akan menjawab kononnya tidak mahu
mengganggu masanya bersama anda. Alasan sebegini mungkin diterima sekiranya
anda bersamanya ketika di panggung wayang atau menikmati hari istimewa seperti
Valentine, tetapi jika setiap kali keluar dia mematikan telefon bimbit, sudah
tentu dia takut ada orang tertentu membuat panggilan ketika bersama anda! Ini
mungkin salah satu petanda si dia berlaku curang atau menyimpan banyak
pasangan!
Telefon bimbitnya asyik engaged, tidak berjawab atau terus mati Ketika
anda cuba menghubunginya, handsetnya sering mati.. Jika tidak mati, taliannya
asyik busy, tidak berjawab atau engaged hingga kadangkala berjam-jam. Anda
pasti jemu jika setiap kali cuba menelefonnya, telefon bimbitnya seolah tidak
berfungsi. Jika anda dail telefon rumahnya, pasti jawapannya dia sudah keluar
atau tidak diangkat langsung. Tak guna ada telefon bimbit jika tidak boleh
dihubungi. Oleh itu, anda perlu melakukan sesuatu supaya situasi sebegini tidak
berlaku kerana ia adalah salah satu petanda si dia berkelakuan curang. Si dia
mungkin sengaja mematikan telefon bimbitnya ketika bersama kekasih lain!
Kerap memberi alasan sibuk dan penat Anda mungkin sudah merancang sesuatu
bersamanya di hujung minggu tetapi si dia memberikan alasan sibuk dan tidak
dapat bersama anda. Si dia juga sanggup membatalkan temujanji atas alasan
terlalu penat. Anda sering dibiarkan terkial-kial tanpa aktiviti menarik di hujung
minggu. Anda cuba memahami tetapi jika si dia asyik sibuk dan penat, tentu
hilang kesabarannya. Sekiranya kerjaya si dia sememangnya menuntut pengorbanan
waktu, mungkin anda dapat memahami. Tetapi jika anda tahu bahawa si dia
sebenarnya mempunyai banyak waktu sudah pasti anda berhak berasa curiga. Anda
perlu menyiasat samada si dia benar-benar sibuk. Mungkin si dia hanya
berpura-pura sibuk kerana ada urusan lain yang penting dari anda! Lebih baik
anda mengangkat kaki daripada terus dibohongi kerana kecurangannya!
Sering tersasul menyebut nama wanita lain Pelik apabila sedang anda
berbual-bual dengannya di telefon, dia memanggil anda dengan nama wanita lain.
Apabila tersedar, dia cepat2 mengubah topik perbualan. Jika sedang berdating,
dia tersasul memanggil anda dengan nama yang lain. Jika anda bertanya, dia akan
mendakwa tersilap sebut kerana nama itu adalah nama adiknya, emak saudaranya,
pembantunya dan apa saja yang dapat menyelamatkan keadaannya. Apabila anda
mendail telefon bimbitnya dari telefon awam, dia teragak-agak seolah-olah tidak
pasti siapa yang memanggilnya. Begitu juga sekiranya anda menelefon rumahnya
(nombor telefon anda tidak tertera), dia seboleh-bolehnya cuba bertanya anda di
mana, buat apa dan apa saja klu seperti cuba memastikan siapa pemanggil kerana
takut tersilap sebut. Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini,
berhati-hatilah kerana kemungkinan besar si dia mempunyai banyak teman wanita
dan seorang playboy! Ini adalah kerana dia sering terkeliru sehingga tidak
dapat membezakan suara anda dengan suara teman-teman wanitanya yg lain.
Sepi tanpa berita bila berjauhan Si dia mungkin terpaksa berjauhan dengan
anda kerana sambung belajar, berkursus, menghadiri seminar atau outstation yang
lama di tempat yang lain. Anda mempercayai kesetiaannya tetapi adakalanya
berjauhan menyebabkan kekasih berlaku curang. Ini adalah kerana anda tidak
dapat melihat gerak-gerinya atau juga si dia bosan tidak berteman. Jika pada
awalnya si dia rajin menulis surat, menghantar email atau SMS dan
sekurang-kurangnya menelefon anda sekali sehari, kini dia lebih banyak sepi
tanpa berita. Si dia menyepikan diri dari anda dan tidak lagi
menghubungi anda. Jika anda berjaya menghubunginya, sikapnya hambar dan tidak
lagi seperti dahulu. Petanda ini jelas menunjukkan ada sesuatu berlaku ketika
anda berjauhan dengannya. Kemungkinan si dia sudah mendapat pengganti anda
ketika berada di tempat baru.
Ada kesan gincu atau bau minyak wangi pada
pakaiannya Anda tentu bengang apabila mendapati ada kesan gincu pada bajunya
atau bau pewangi wanita lain pada tubuhnya. Mungkin si dia tidak sedar
kesan-kesan ini tetapi relakah anda hanya berdiam diri apabila berhadapan
dnegan situasi ini? Si dia mungkin berbohong dengan pelbagai alasan untuk
menyelamatkan diri tetapi anda disyorkan supaya menyiasat tingkahlakunya agar
tidak diperdayakan.
Marah apabila anda bertanya aktivitinya Sebagai
seorang kekasih, sudah pasti anda ingin mengetahui aktiviti teman anda sedikit
sebanyak. Contohnya sekiranya dia ada mesyuarat, kerja lebih masa atau ingin bermain
tenis dengan rakan-rakannya di sebelah petang. Pertanyaan ini bukanlah bererti
anda seorang penyibuk dan ingin tahu segala urusannya atau mahu mengongkong
pergerakan pasangan, tetapi sekadar mengambil tahu dan mengambil berat. Jika
kekasih anda seorang jujur, pertanyaan mudah ini akan dijawab tanpa rahsia.
Tetapi sekiranya pertanyaan ini menimbulkan kemarahannya tanpa sebab, anda pula
mempunyai sebab untuk meragui keikhlasannya terhadap anda. Mungkin dia membenci
soalan ini kerana tidak mahu anda mengetahui aktivitinya bersama kekasih lain!
^........ HackS....^
- Ratuku eiFFa -
[Saujanaku]
0 comments:
Post a Comment