Friday, 18 October 2013

Aku Muslimah ‘Loser’

Aku muslimah, aku seorang pelajar dan aku seorang anak gadis.

Aku seorang muslimah kerana aku Islam.

Aku punya Allah. Hidup dan matiku hanya untuk Allah. Aku berpakaian mengikut syariat Islam, aku menutup aurat kerana itu kewajipan aku. Tidak perlu dipaksa kerana itu adalah perkara WAJIB dan perkara wajib itu tidak ada alasan untuk ditinggalkan. Aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai Islam meski diri ini masih lagi terkapai-kapai mencari keredhaan Illahi.

Aku seorang pelajar.

Aku berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti meskipun keputusan SPM aku biasa-biasa saja. Namun, aku masih lagi gagal. Gagal kerana aku tidak berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang yang aku minati. Jurusan yang aku belajar sekarang jauh lari daripada apa yang aku inginkan. Membuatkan aku stress kerana aku tidak mencintai apa yang aku belajar sekarang. Aku benci, aku tertekan.

Walaupun aku masih boleh catchup apa yang pensyarah aku ajarkan, tetapi passion nya tiada. Aku tidak ghairah. Tidak ghairah untuk mendalami apa yang aku sedang belajar, tidak ghairah menyiapkan segala tugasan yang aku dapat. Membuatkan aku malas hendak menyiapkan segala kerja yang aku dapat. Malas, malas, benci, benci. Kenapa, kenapa dari dulu lagi aku selalu buat apa yang aku tidak suka. Akhirnya aku yang tertekan. Ahh!

Sehingga suatu hari aku terpana dengan status seorang artis Muslimah, Heliza di laman facebook.

BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..
Masihkah lagi tidak bersyukur?

Aku menangis. Malu rasanya. Aku hamba Allah yang tidak bersyukur. Aku muslimah loser kerana merungut terhadap apa yang Allah kurniakan kepada aku. Ya Allah, tetapkan imanku ini.

Sumber : 

0 comments:

Post a Comment