Bismillahirrah manirrahim
بسم الله الرحمن الرحيم
Formula
pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek
mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab- kitab tradisional dalam bahasa
Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun
akhir-akhir ini ada usaha- usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum.
Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam
untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan -
penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu
dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah
terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :
1)
MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya
sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat",
dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan
keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein,
antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.
Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur,
fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika,
klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan
fizikal-mental. Rasullullah s. a. w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia
minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit
mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir,
membaca, merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu
pagi dan malam. PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat
merbahaya !
2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk
membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke
otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab
dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN : i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali) iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah
seperti makan kacang. v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap
hari.
3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan
ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur
semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan
badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia
mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu
karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat
untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.
Rasullullah s. a. w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal,
memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk
ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup
lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM : i)Sekurang-kurangnya
segelas pada sebelah pagi dan malam ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu
seperti yang dibaca oleh Rasullullah s. a. w
4) TELUR
Bermanfaat
untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli -
ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia
mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus,
kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif.
Sabda Nabi s. a. w, "Sesungguhnya seorang nabi a. s mengadu kepada
Allah
(kerana dia)lemah badan. Maka Allah s. w. t memerintahkannya supaya
memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah
kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur
ayam kampung dan yang masih baru.
5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk
gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia
yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan
gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.
6)
LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah
kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s. a. w. Limau - limau jenis lain juga elok
untuk diamalkan.
7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s. a.
w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah
menerangkan hatinya selama 40 hari."
8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya
banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi
protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan
kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak
- kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari
kebiasaannya.
9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan
halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan
ular. Perlu diamalkan memakannya.
10) DAGING AYAM
Berbanding dengan
semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling
tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi
otak dan membaiki darah. Abu Musa r. a meriawayatkan bahawa Nabi s. a. w memakan
daging ayam betina.
11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk
orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan
hafazan.
12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi
pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan
fizikal.
13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan,
kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif
untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio
merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal
di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.
14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.
15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS
SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di
kedai- kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.
16)
KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan
dimakan dengan gula.
17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino
untuk tenaga mental.
18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu
diamakn sedikit sahaja.
19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan
fikiran dan akal. Sabda Nabi s. a. w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan
akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan
memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan
akal.
20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan
kekuatan badan.
21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan
masakan dalam kuantiti yang kecil.
22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN
SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan
memori
|
0 comments:
Post a Comment