Allah swt Maha Pemurah dan Penyayang ke atas
hamba-hambanya. Bagi kaum wanita ada 4 tiket untuk mereka masuk ke syurga,
iaitu apabila mereka berjaya menjaga sembahyang fardhu, puasanya di bulan
Ramadhan, ketaaatan kepada suami dan kehormatannya. Melalui empat perkara ini
juga menyebabkan seseorang wanita itu boleh mencapai taraf solehah dan
bertaqwa.
Begitu Penyayangnya Allah kepada insan yang bergelar
wanita. Tetapi cuba kita renungkan kembali sejauh manakah kita telah berjaya
meraih keempat-empat perkara ini dengan sebaik-baiknya.
Sembahyang fardhu kebanyakannya tidak khusyuk. Semasa
bersembahyang sahaja aurat ditutup tetapi selepas itu kita kembali dengan
pakaian yang mendedahkan aurat. Puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga
tetapi mulut masih mengumpat. Ketaatan kepada suami dibuat sambil lewa malah
suami kadangkala dijadikan seperti lembu yang diikat hidungnya dengan tali
(disuruh membuat itu dan ini). Ada yang menjadi pelacur dan menjual maruahnya
untuk mendapatkan wang. Sepatutnya kita kena banyak menangisi diri yang gagal
menunaikan amanah Allah itu. Rasulullah selepas di Isyrak Mikrajkan, baginda
tidak henti-henti menangis kerana terlalu amat sedih dan sentiasa berdoa kepada
Allah swt supaya kaum wanita dan umat-umat yang disayanginya diselamatkan dari
azab api neraka. Bayangkanlah, baginda saksikan bahawa di dalam neraka itu 75%
adalah terdiri dari kaum Hawa. Badan-badan kita akan disambar oleh api neraka
dan terbakar rentung dan akan diperbaharui lagi daging-daging tubuh lalu
dibakar lagi hingga mengikut sebanyak mana dosa yang telah kita lakukan itu.
Beruntunglah bagi mereka-mereka yang beramal soleh. Wanita-wanita yang solehah
akan disambut oleh 'wildan-wildan'nya (suami) diiringi dan serta diperelokkan
kedudukannya di dalam syurga.
Bila diceritakan mengenai peribadi wanita bertaqwa dan
solehah pastilah mereka-mereka ini mendapat pendidikan agama yang secukupnya.
Bila ilmu telah dipelajari lantas terus diamalkannya. Maka jadilah mereka
insan-insan yang terdidik untuk mentaati segala perintah Allah dan menjauhkan
segala larangannya. Orang-orang yang banyak menangis kerana takutkan neraka
Allah. Orang-orang yang sanggup berkorban apa saja demi kepentingan hari
akhirat. Orang-orang yang sanggup hidup susah dengan berbagai ujian dan
rintangan; tidak putus asa serta selalu ingat mati demi rindunya mereka untuk
melihat wajah Allah swt dan Rasulullah.
Rebutlah pangkat wanita solehah yang bertaqwa kerana
ianya tidak dapat dijual beli dengan dunia ini. Malahan tarafnya jauh lebih
tinggi jika dibandingkan dengan apa jua pangkat nilaian di dunia ini. Semua
kemegahan-kemegahan dunia ini tidak kekal lama dan biasanya kalau seseorang itu
telah pencen ia akan kesepian dan dilupakan.
Seorang isteri yang solehah, dia akan melayani suaminya
begitu baik sekali sebab itu merupakan tuntutan yang telah diwajibkan ke
atasnya untuk dilaksanakan setelah diikat dengan ikatan ijab dan kabul. Inilah
perbezaannya taraf seorang isteri dengan seorang pelacur di mana dia juga
memberikan layanan yang baik kepada pelanggannya. Tetapi layanannya itu atas
dasar untuk mendapatkan wang. Manakala seorang isteri yang solehah setiap
perkara yang dilakukan semata-mata untuk mentaati Allah, demi untuk mendapat
keredhaan-Nya.
Bila suami berhajat, hendaklah segera mendapatkannya dan
tinggalkan kerja-kerja yang sedang dilakukan. Hiasilah diri dengan pakaian yang
menarik, bersolek dan memakai bau-bauan. Jangan bimbangkan anak-anak yang
menangis ketika itu kerana para malaikat sentiasa menjaga mereka sehingga kita
selesai menunaikan amanah Allah terhadap suami kita dan mereka mendoakan semoga
kita dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Generasi yang bakal mengamankan
dunia! Ramai juga kaum wanita hari ini berjaya melayani suaminya dengan baik
tapi bila saja suami sebut hendak kahwin seorang lagi dia mula tarik muka empat
belas, hempas itu, hempas ini malah boleh jadi perang besar. inilah yang
dinamakan cinta nafsu. Dia mahu dia seorang sahaja menguasai kasih sayang
suami. Padanya bermadu itu suatu yang hina dan tidak mengapa kalau si suami
memiliki perempuan simpanan walau sebanyak manapun. Seorang isteri yang
bertaqwa, dia tidak peduli samada hidupnya terpaksa bermadu dua, tiga atau
empat sekalipun sebab itu bukan urusannya malah sebuah ketentuan dari Tuhan
untuk menguji sejauh mana keikhlasannya melayani suami. Dia tidak akan ambil
kisah sekiranya suaminya mengecilkan hatinya malah di hati kecilnya akan sering
berkata, "Ini tugas aku dengan Allah, aku mesti laksanakan". Akhirnya
tidak timbul perkelahian bila bermadu bila setia p isteri telah faham dengan
kedudukannya. Hanya isteri solehah saja yang gembira bila dimadukan sebab
suaminya telah menyelamatkan seorang lagi hamba Allah bila dikahwinkan. Bila
seseorang itu telah berkahwin, InsyaAllah sembahyangnya akan lebih khusyuk
kerana sebagagian dari agamanya telah diselamatkan. Di samping itu berkahwin
juga boleh melembutkan hati dan menenangkan fikiran. Untuk mencapai makam
isteri yang solehah dan bertaqwa bukanlah semudah yang diucapkan. Kita mesti
berusaha untuk mengikis sebanyak mungkin mazmumah yang terdapat dalam diri dan
selalu berharap kepada Allah supaya dimasukkan sifat-sifat mahmudah dan dibantu
ketika sedang bermujahadah di dalam menghadapi berbagai ujian. Pecahkan hati
dengan banyak menangis, bukan menangis kerana sayangkan harta dunia, takut
dimadu dan sebagainya tetapi menangislah kerana takutkan azab Allah yang sangat
pedih dan selalulah berindu-rindu untuk melihat wajah Allah.
Sesiapa yang merindui Allah, Allah juga akan merinduinya
dan Rasullah akan memberi syafaat kepada sesiapa yang merinduinya dan mereka
akan bersama-samanya di dalam syurga kelak. Banyakkan berselawat kepada
baginda. Hanya baginda saja yang diberi keistimewaan untuk mengenali
umat-umatnya sedangkan nabi-nabi lain gagal berbuat demikian. Berkat umat-umatnya
yang bersungguh-sungguh menjaga tujuh anggota lahirnya (mata, telinga, perut,
kemaluan, mulut, kaki dan tangan) dari berbuat maksiat dan mengamalkan
sungguh-sungguh lima hukum
(wajib, sunat, makruh, halal dan haram) yang telah Allah
tetapkan. Hanya mereka-mereka ini sajalah yang akan bercahaya-cahaya di Padang
Mahsyar kelak dan dipimpin oleh Rasulullah untuk menuju ke syurga.
“Sesiapa yang ingin meniru atau copy apa2 bahan dari
website saya amatlah dialukan, tak perlu minta izin daripada saya semoga
0 comments:
Post a Comment