ADAB UZ-ZIFAF
Ahmad telah menceritakan :
“Telah menceritakan kepada kami oleh ‘Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari
Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada
Al-Khudri yang berkata : “Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali
bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :
1. “Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka
(suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh
kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah
mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah
s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas
kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru
rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan
sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah
pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada
minggu pertama perkahwinan iaitu :
1. Susu 2. Cuka 3. Coriander (Ketumbar) 4. Apple Masam”
Saidina Ali r.a bertanya :
“Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan
ini di larang..?”
Baginda menjawab :
“Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan
sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak.
Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang
tidak dapat anak.”
Saidina Ali r.a bertanya :
“Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..?
(semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan).”
Baginda menjawab :
“Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya
haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di
dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran.
Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan
haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.”
2. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal
(hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di
hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah
mengenainya dan anaknya.”
3. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zuhor,
sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana
jima’ pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka
kepada manusia yang bermata juling.”
4. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya jika
Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang demikian,
maka anak itu tidak selamat daripada bisu.”
5. “Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah
pandanganmu sewaktu berjima’, (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta – iaitu anak.”
6. “Wahai Ali..!
janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain,
maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu
berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.”
7. “Wahai Ali..!
jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka
sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit
yang membakar kamu berdua.”
8. “Wahai Ali..!
janganlah berjima’ dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada
isterimu satu tuala.”
9. “Wahai Ali..!
janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh
syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi
satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan
kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak.”
10. “Wahai Ali..!
janganlah kamu berjima’ dengan isterimu secara berdiri, maka sesungguhnya yang
demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada
kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di tempat tidur seperti kaldai
yang suka kencing di merata-rata tempat.”
11. “Wahai Ali..!
janganlah berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Fitri (Raya Puasa), maka
sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu
seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.”
12. “Wahai Ali..!
janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Adha, maka
sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila Allah
s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang
yang berjari enam atau empat.”
13. “Wahai Ali..!
janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara
langsung – direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan
tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada
kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam
meminta-minta dan faqir sehingga mati.”
14. “Wahai Ali..!
janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka
sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu
akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,”
15. “Wahai Ali..!
janganlah kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika
berjima’ pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak pada
kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah.”
16. “Wahai Ali..!
janganlah kamu berjima’ dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua
berwudhu’, jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu
berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.”
17. “Wahai Ali..!
janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya’ban, maka
sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua
anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.”
18. “Wahai Ali..!
janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua
hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada
kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu
meminta-minta.”
19. “Wahai Ali..!
janganlah kamu berjima’ dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara
perempuannya (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah
s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi
penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat
kebinasaan kepada manusia.”
20. “Wahai Ali..!
janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang
demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak
itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.”
21. “Wahai Ali..!
janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir
kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada
kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq,” dan
Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : “Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan
Nas – Syayathin.”
22. “Wahai Ali..!
janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam
tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bila Allah
s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu
kepada setiap orang yang zalim.”
23. “Wahai Ali..!
janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika
dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap,
dan menghendaki dunia daripada akhirat.”
ANJURAN BERJIMA’
24. “Wahai Ali..!
jika kamu berjima’ dengan isterimu bacalah : “Allahumma Jannibnis Syaitan
Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani.” Maka yang demikian itu kalau Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu anak, tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya
selama-lamanya.”
25. “Wahai Ali..!
hendaklah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Isnin maka sesungguhnya jika
Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan menjadi seorang yang
berpegang teguh kepada kitab Allah (Al-Quran) dan redha terhadap segala
pemberian Allah s.w.t. (baik dan buruk Qada’ dan Qadar Allah).”
26. “Wahai Ali..!
jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Selasa, Allah s.w.t. akan memberi
kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati Syahid sesudah syahadah :
‘Anla ilahaillallah wa anna Muhammada ar-Rasulullah’ dan Allah s.w.t. tidak
azabkannya (turun bala kepadanya) bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau
harum yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat,
berdusta dan mengadu-domba.”
27. “Wahai Ali..!
jika kamu berjima’ dengan isterimu malam Khamis, maka Allah s.w.t. akan
mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau seorang yang alim,di
kalangan orang-orang yang alim.”
28. “Wahai Ali..!
jika kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu matahari di tengah langit, Allah
s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak yang tidak di hampiri
syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang yang faqih serta Allah
s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.”
29. “Wahai Ali..!
jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat dan nanti anak kamu berdua
adalah seorang pemidato yang berwibawa dan petah.”
30. “Wahai Ali..!
jika kamu berjima’ dengan isterimu pada hari Jumaat, selepas Asar, Allah s.w.t.
akan kurniakan seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.”
31. “Wahai Ali..!
jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat selepas Isyak yang akhir,
maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti menjadi seorang yang abdal
(terkemuka),”
“WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA
DARI JIBRIL A.S.”…..1*
(1*)
Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms 174.
Ya Allah Ya Tuhanku..aku redha akan ujian dari-MU..pintaku,berikanlah
aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...uhuksss...uhuksss...